HPA Online Produk Halal Tanggungjawap Bersama

Sunday, November 20, 2011

Menguasai peniagaan bererti menguasai pasaran.


Menguasai peniagaan bererti menguasai pasaran.


Walaupun kita mempunyai produk yang berkualiti tetapi tanpa "pasar" ia akan menjadi lapuk dan rosak. Inilah yang dinamakan peniagaan. Hari ini pasar dikuasai oleh supermarket yang besar dengan kepelbagaian produk dan fasilitis dan kebanyakannya dari syer orang yahudi . Tidak ramai orang kita yang perihatin hal ini sehingga mereka terus berbelanja tanpa hentinya. Orang Yahudi membunuh semua manusia yang bukan yahudi kerana mengejar syurga. Dunia timur dan barat sama sekali tidak akan selamat dengan adanya peniagaan Yahudi.

Oleh sebab itu kita perlu membuat jalur peniagaan sendiri,dari kita untuk kita.

Kita yang keluarkan ,kita pasarkan dan kita yang guna.

Semakin ramai "kita" semakin kuatlah peniagaan itu. "Kita" tidak bererti tanpa kesetiaan untuk berbelanja dengan kita. Kita jangan hanya menjadi tukang sorak tetapi jadilah "pemain" yang handal mampu mengegarkan gawang lawan.

Saturday, November 19, 2011

Anda pengguna atau diperguna???

FIKIR KAN SEJENAK...

* Adakah kedai atau pasaraya kegemaran anda membayar anda kerana mengesyorkan orang lain membeli dikedainya?

* Adakah kedai kegemaran anda menghargai anda apabila anda membeli dari mereka berterusan?

* Adakah kedai kegemaran anda menawarkan potongan harga dan rebat ke atas setiap barangan yang anda beli dari mereka?

* Adakah kedai kegemaran anda mempelawa anda menjadi rakan kongsi dalam perniagaannya





PENGGUNA BIJAK PENDAPATAN MELONJAK

Apakah itu konsep pengguna bijak dan bagaimana ia boleh menghasilkan pendapatan? Pengguna bijak adalah pembeli yang mendapat pulangan semula keuntungan apabila mereka membeli barangan keperluan mereka.

Sudah tiba masa nya pengguna berfikir bukan sahaja sebagai pengguna yang melihat dunia hanya untuk membelanjakan wang semata-mata tetapi ubah kepada kaca mata pekedai bagaimana mendapat wang dari perbelanjaan tersebut.

Jadi untuk menjadi pengguna bijak maka perlulah kita ubah pasaraya kita ke Pasaraya HPA yang telah selama lebih 12 tahun memberi ganjaran pendapatan selain dari barangan.

Bukan sahaja pendapatan tetapi juga penjimatan dengan harga barangannya yang berpatutan dan setanding pasaran. Jadi berbelanja di HPA dapat produk berkualiti, dapat penjimatan dan dapat pendapatan. Itulah dia PENGGUNA BIJAK.

Jika pada setiap bulan anda pergi membeli-belah di Pasaraya yang tidak memberikan anda apa apa pulangan mengapa tidak anda menjadi PROSUMER bersama kami ??

Jadi lah PROSUMER!!

(1) Producer= Make Money
(2) Consumer =spend money
(3) Pro-sumer=make money while spending money


PROSUMER = Producer + Consumer = PENGGUNA BIJAK

Barangan adalah pelbagai dan memenuhi keperluan anda .

Pendek kata apa sahaja yg anda perlukan ada disediakan.

FIKIRKAN perkara berikut??

Bersama kami anda bukan sahaja dapat menjimatkan wang, tetapi anda boleh mendapat pendapatan sampingan dengan mengajak rakan anda menyertai kami dan membantu mereka melakukan seperti yang anda lakukan..

Lihat apa yang anda boleh tukar dengan produk HPA:

Yang Terindah


Air minuman: Air Mineral HPA
Aiskrim: Aiskrim Toyyibah (perisa koko, kopi, jagung dan vanilla)
Ayam: Ayam Organik HPA
Baja: Baja Organik HPA
Balm: Balm Pala Aromatik
Bedak: Bedak Talkum Lelaki, Wanita dan Bayi
Bedak Sejuk: Bedak Sejuk Tompok Hitam HPA
Bengkung/Barut: Barut berherba/Azzahraa Corset (untuk selepas bersalin)
Beras: Beras Perang Organik
Berus Gigi: Berus Gigi Kasturi
Biskut: Biskut Radix, Biskut Coklat Radix
Cecair Pencuci Tangan: Orange Wash
Cecair pencuci pinggan: Wahdah
Daging: Daging Kambing, Lembu Organik HPA
Diapers/Lampin pakai buang: Diapers Babyku HPA
Fish Cake, Ball, Nugget, Burger: Fish Cake, Ball, Nugget, Burger HPA
Jem: Jem Roselle, Jem Nenas
Kelengkapan Umrah dan Haji: Produk Omrahaj HPA
Kopi: Kopi Radix, Kopi O Radix, Kopi Radix Diet (menggantikan Nescafe, kopi)
Kordial minuman: Kordial Roselle/Pegaga/Kurma/Mangga/Jambu Merah
Kosmetik: Centella White
Losyen Badan: Body Hydrating Lotion HPA (Centella White)
Milo/minuman coklat: Radix Koko
Minuman Berkarbonat: Radix Cola, Radix Sarsi, Radix Oren, Ice Cream Soda Radix
Minuman bijirin: Cereal Radix (menggantikan nestum, quaker oat)
Minyak angin: Minyak Sahara (pengganti minyak angin cap kapak)
Minyak Bayi: Minyak Bayi HPA
Minyak rambut: Tonik Pandan /Tea Tree Oil Cream/Minyak Zaitun
Minyak/Krim urut: Minyak But-but/Krim But-but
Pencuci Tandas, Lantai, Pinggan: Pencuci Widuri, Merbau, Angsana
Penghindar Serangga: Penghindar Serangga Jasmin (pengganti Ridsect dll)
Perapi rambut: Hair Conditioner HPA
Perencah: Perencah Alami
Rempah Kari: Rempah Kari Daging, Ikan HPA
Sabun mandi: Sabun Safron/Susu kambing/Pegaga/Cassia/Whitening/Men 2 in 1/Cucumber Bath Gel
Sabun pencuci baju: Freesia Plus (serbuk dan cecair)
Sate: Sate Ayam Organik HPA
Sos: Sos Cili, Tomato, Thai, Roselle HPA
Syampu rambut: Syampu Betik/ Pandan Kasturi/Pegaga/Aromaterapi
Teh: Teh Herba/Teh Asiatica Plus/ Teh Tropika/Teh Manjakani/Minuman ALG/Minuman Serai
Tepung Ayam Goreng: Tepung Goreng RFC
Ubat batuk: Madulia
Ubat gigi: Ubat gigi herba HPA, Amal


KECUKUPAN PRODUK HALAL TANGUGNJAWAB UMAT ISLAM BERSAMA

JOm hpa

PERJUANGAN HPA

PERJUANGAN HPA

1. PERUBATAN JAWI

“Herba Menuju Kecermelangan”


· Perubatan Jawi diwujudkan di atas tujuan untuk memperkenalkan Thibbun Nabawi kepada masyarakat zaman sekarang.
· Pengubatan yg menggunakan sumber yang Halal yang berdasarkan pada Alamiyah dan Ilahiyah.
· Suatu usaha untuk mengumpul kembali khazanah pengubatan yang dinamakan Pengubatan JAWI yang bukan dari Timur atau dari Barat tetapi berdasarkan kepada etika Perubatan Islam yang lebih tinggi dari pengubatan Timur atau Barat.
· Graduan Sijil Herbalis harus menjadi ahli aktif Kelab Alumni Herbalis agar ilmu sentiasa dipertingkatkan dari masa ke semasa.
· Usaha akan berterusan untuk menjadikan Perubatan JAWI suatu perubatan yang diiktiraf dunia sebagaimana Ayurvedic, Traditional Chinese Medicine (TCM) dan Homeopathy.
· Perubatan JAWI akan dimasukkan di dalam syllabus di MANHAL (Madrasah HPA) iaitu menjadi salah satu lima perkara yang wajib dipelajari oleh semua anak didik MANHAL iaitu

1. Al-Qur’an dan Hadith.

2. Ilmu Perniagaan.

3. Pertanian dan Industri (Pengolahan Sumber Alam)

4. Perubatan JAWI

5. Bahasa (Bahasa Arab, Bahasa Malaysia, English, Mandarin dan lain-lain)




2. PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA™


HPA komited untuk mewujudkan produk-produk alternative bagi menggantikan produk-produk yang tidak halal di pasaran dengan Motto PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA™.



3. PENDIDIKAN

HPA juga komited untuk membangunkan sistem pendidikan yang akan melahirkan Generasi Rabbani yang kuat pegangan tauhidnya kepada ALLAH SWT. Generasi yang akan menyambung perjuangan kita semua mengamal dan menyebarkan Perubatan JAWI dan generasi yang memperjuangkan produk-produk Halal ke seluruh dunia. InshaALLAH.

Rezeki dari Allah

Rezeki dari Allah REZEKI

Kali ini mari kita merenung serangkai ayat Qur'an yang menceritakan tentang rezeki.
Firman Allah SWT :
وَمَا مِن دَابَّةٍ فِي الْأَرْضِ إِلَّا عَلَى اللَّهِ رِزْقُهَا "
......dan tiada satu pun makhluk bergerak di bumi melainkan dijamin Allah rezekinya"
(Surah Hud, ayat 6).

Jaminan rezeki dari Allah SWT pada mahklukNya adalah jaminan yang pasti lagi benar bagi menunjukkan betapa Maha Kaya Allah yang memiliki segala sifat kebesaranNya.

Firman Allah SWT:
وَلِلَّهِ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ ۚ وَإِلَى اللَّهِ تُرْجَعُ الْأُمُورُ
"Dan bagi Allah jualah hak milik segala yang ada di langit dan yang ada di bumi, dan kepada Allah jualah dikembalikan segala urusan"

(Surah Ali Imran, ayat 109).

Selain dari Allah SWT siapa lagi yang boleh mencukupkan sumber rezeki yang tidak pernah putus-putus bagi menyambung kitaran kehidupan di alam ini. Bukan satu atau dua hari tetapi ribuan malah mungkin jutaan tahun. Hanya Dia sahaja yang berhak dan layak untuk menurun dan mengeluarkan segala rezeki dari sumber mana yang dikehendakiNya.

Inilah antara makna "Ilah" yang terkandung di dalam kalimah syahadah iaitu "la ilah haillallah". Dalam permasalahan rezeki, kalimah syahadah ini mengajar kita iktiqad "Tidak ada yang memberi rezeki melainkan Allah". Jika seseorang mengakui bahawa ada makhluk yang memberi selain Allah SWT bererti dia telah beriktikad dengan iktikad yang salah dan boleh membawa kepada syirik. Majikan atau tempat kita kerja adalah seperti posmen yang menghantar surat kepada seseorang. Bukannya surat itu daripadanya sendiri kerana rezeki yang berada ditangannya itu juga datang dari Allah. Bagaimana jika Allah menahan rezeki kepadanya?

Firman Allah SWT : أَمَّنْ هَٰذَا الَّذِي يَرْزُقُكُمْ إِنْ أَمْسَكَ رِزْقَهُ ۚ
"Siapakah yang dapat memberi rezeki kepada kamu jika Allah menahan rezekiNya" (Surah Al-Mulk, ayat 21).

Pada waktu pagi kita dianjurkan membaca doa ini:
اللَّهُمَّ مَا أَصْبَحَ بِي مِنْ نِعْمَةٍ أَوْ بِأَحَدٍ مِنْ خَلْقِكَ فَمِنْكَ وَحْدَكَ ، لا شَرِيكَ لَكَ ، فَلَكَ الْحَمْدُ ، وَلَكَ الشُّكْرُ
"Ya Allah, pada pagi-pagi ini, apa juga nikmat yang ada padaku atau mana-mana makhlukMu, semuanya dariMu. Tiada sekutu bagiMu. Milikmu segala pujian dan terima kasih kami"

(Zikir al-Ma'surat. Riwayat Imam an-Nasai dari Abdullah bin Ghannam r.a.).

Ini membawa pengertian supaya akidah tauhid kita dibetulkan sebelum kita memulakan aktiviti mencari rezeki pada awal-awal pagi. Manusia hanyalah makhluk yang sangat lemah sehingga tidak mampu menjadikan sebiji nasi pun di atas bumi ini dan bergantung kepada pohon padi dari ciptaan Allah SWT Allah SWT menjamin rezeki pada semua mahluk tetapi kenapa ada yang mati kebuluran.

Hal ini diterangkan Allah dalam firmanNya :
ظَهَرَ الْفَسَادُ فِي الْبَرِّ وَالْبَحْرِ بِمَا كَسَبَتْ أَيْدِي النَّاسِ لِيُذِيقَهُم بَعْضَ الَّذِي عَمِلُوا لَعَلَّهُمْ يَرْجِعُونَ
"Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)"
(Surah ar-Rum, ayat 41).

Kematian dan kebuluran 26 ribu orang di Euthopia bukti sebuah kebinasaan akibat dari pendurhakaan manusia. Bumi dirosakkan oleh tangan-tangan manusia seperti tubuh badan yang dirosakkan oleh ubatan kimia yang bernama drugs. Tubuh yang dibekalkan dengan sistem imuniti juga hancur akibat dari dadah yang diambilnya pada setiap hari. Inilah sebabnya Allah menurunkan peraturan hidup yang sempurna untuk kesinambungan rezeki dan hidup di dunia ini. Bagi menyelamat dunia yang kian hancur ini hanya satu sahaja iaitu ugama Allah. Ugama yang perlu ditegakkan sebagai "deenulhayah" untuk kesejahteraan ummat di muka bumi ini jika tidak terimalah padahnya iaitu penderitaan dan kemusnahan. Perkara kedua dari ayat awal di atas difahami bahawa rezeki itu juga perlu dicari sebagaimana Allah menyatakan dengan kalimah "makhluk bergerak" bukannya hanya menanti yang bulat datang bergolek dan yang pipih datang melayang. Lihatlah rezeki seekor burung yang terjamin apabila ia keluar dari sarangnya. Kemalasan berikhtiar menjadikan periuk nasi juga kosong bukan kerana tidak ada jaminan dari Allah tetapi kerana ia yang memilih untuk itu. Ini terkecuali dengan ujian dari Allah yg berupa kekurangan makanan dan buah-buahan seperti firman Allah:
وَلَنَبْلُوَنَّكُم بِشَيْءٍ مِّنَ الْخَوْفِ وَالْجُوعِ وَنَقْصٍ مِّنَ الْأَمْوَالِ وَالْأَنفُسِ وَالثَّمَرَاتِ ۗ وَبَشِّرِ الصَّابِرِينَ
"Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar"
(Surah al-Baqarah, ayat 155).

Ujian adalah hak Allah sama seperti rezeki. Hikmah dari ujian akan menjadikan sesuatu ummat itu bertambah kuat bukannya semakin lemah. Ia tergantung bagaimana sikap yang diambil terhadap ujian yang menimpanya. Jika ujian itu mematikan jiwa dan semangatnya, petandanya Allahlah yang menyempitkan kehidupannya seperti asma' Allah yang bernama "Al Qobidh".
وَاللَّهُ يَقْبِضُ وَيَبْسُطُ وَإِلَيْهِ تُرْجَعُونَ
"Allah jualah yang menyempit dan yang meluaskan (pemberian rezeki) dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan"
(Surah al-Baqarah, ayat 245).

Bangsa-bangsa yang terus "bergerak" telah menguasai dunia dibandingkan dengan bangsa yang suka berpeluk tubuh. Mereka menguasai semua bidang keilmuan di atas pokok perubahan yang dilakukan pada setiap detik. Rezeki itu kuncinya ilmu kerana itulah ia perlu bergerak bagi mencarinya.

Berkata Imam Syafi'ie rhm:
من أراد الدنيا فعليه بالعلم ومن أراد الآخرة فعليه بالعلم
"Sesiapa mengingini dunia, ia memerlukan ilmu. Sesiapa menghendaki akhirat, ia juga memerlukan ilmu". Nasib itu tidak terletak pada tapak tangan tetapi terletak pada tangan dan kaki. Keluar dari zon statik kepada zon dinamik untuk mengubah nasib yang menimpa diri sendiri.

Firman Allah SWT :
إن الله لا يغير ما بقوم حتى يغيروا ما بأنفسهم
"Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri"

(Surah ar-Ra'du, ayat 11).

Soal rezeki terlalu panjang perbahasannya tetapi penutupnya pula adalah pendek lagi ringkas iaitu semuanya rezeki itu adalah datang dari Ar Razaq.
Sumber:Tn Hj Ismail

Monday, November 7, 2011

SERANGAN RESDUNG





Jangkitan bakteria

MEMANG rimas jika kita sering mengalami gejala selesema seperti hidung tersumbat, sakit pada pipi, sekitar mata dan kepala, terutama pada waktu pagi. Manakala tekak pula terasa bagai dipenuhi kahak. Jika anda mengalami gejala ini hampir setiap hari, ia mungkin menandakan anda mengalami masalah sinusitis.

Sinusitis ialah keradangan pada lapisan membran dalam mana-mana ruang sinus. Sinusitis juga menyebabkan kita menjadi sangat sensitif kepada bahan yang boleh menyebabkan alahan, termasuk perubahan cuaca (sejuk), pencemaran alam sekitar dan jangkitan bakteria.

Pada tulang tengkorak kita ada beberapa lubang berisi udara dan diselaputi mukus serta membuka ke dalam kaviti (ruang) hidung. Ruang ini dipanggil sinus.

Sinusitis adalah masalah yang sangat lazim di seluruh dunia. Jika dibuat imbasan pada 10 orang normal, 80 peratus didapati ada mengalami masalah sinusitis ringan yang tidak perlu apa-apa rawatan.

Di Amerika Syarikat contohnya, dianggarkan 37 juta rakyatnya mengalami masalah sinusitis setiap tahun dan jumlah ini dijangka lebih tinggi kerana gejala sinusitis akibat jangkitan bakteria sering disalah anggap sebagai selesema atau alahan dan ramai tidak berjumpa doktor untuk pemeriksaan.

Sama juga halnya di Malaysia. Dianggarkan 60 hingga 65 peratus rakyat negara ini ada masalah sinusitis. Bagaimanapun, daripada jumlah ini kurang daripada 50 peratus datang mendapatkan rawatan dan ramai memilih kaedah tradisional untuk ‘menghilangkan’ keradangan sinus.

Ruang sinus kita secara semula jadinya diselaputi mukus (lendir) sebagai perlindungan. Mukus yang terkumpul ini dialirkan ke dalam saluran hidung supaya ruang sinus sentiasa bersih. Apabila kita selesema atau mendapat serangan alahan, sinus mengalami keradangan dan tidak dapat mengalirkan mukus. Pengumpulan mukus ini menyebabkan hidung tersumbat dan boleh mengundang jangkitan bakteria.

Menurut Perunding Pembedahan Telinga, Hidung, Tekak — Kepala dan Leher, Pusat Perubatan Gleneagles Intan, Dr Mohd Husni Ahmad, sinusitis boleh dibahagikan kepada dua jenis, iaitu akut (berlaku dalam tempoh pendek) dan kronik. Bagaimanapun, sinusitis kronik adalah lebih lazim dan boleh boleh berlaku kepada sesiapa saja pada semua peringkat umur.

Banyak punca boleh menyebabkan sinusitis, antaranya:

* Jangkitan bakteria — Ini adalah punca sinusitis yang paling kerap. Dianggarkan 85 peratus kes sinusitis berpunca daripada selesema biasa yang tidak dirawat dan berlanjutan lama. Ini bermakna seseorang individu itu mengalami jangkitan bakteria sekunder yang berlaku ketika selesema.
* Perubahan cuaca sejuk.
* Jangkitan fungus.
* Masalah sistem imun seperti dialami penghidap virus HIV dan pesakit kanser yang menjalani rawatan kemoterapi.
* Jangkitan pada gigi (ketika rawatan gigi yang merebak ke ruang sinus).
* Jangkitan yang berlaku ketika berenang atau menyelam dalam air yang tercemar dan masuk ke ruang sinus.
* Pernah mengalami kemalangan yang menyebabkan keretakan tulang muka.

Walaupun sinusitis boleh berlaku kepada sesiapa, risikonya lebih tinggi di kalangan pesakit asma, mengalami ketumbuhan (polip) dalam hidung, alahan (pada habuk dan debunga) dan ada masalah membabitkan aliran mukus (lendir) dalam sistem pernafasan seperti sista fibrosis.

Gejala


Secara umumnya gejala sinusitis bermula sebaik anda bangun tidur pada waktu pagi seperti sakit kepala dan seluruh muka, terutama pada pipi, kening atau dahi. Rasa sakit kepala bertambah apabila anda baring kembali atau menundukkan kepala.

Sinusitis Akut

Gejala sinusitis akut biasanya berlaku berlarutan sehingga empat minggu. Antara ciri-ciri sinusitis akut ialah:

# Demam.

# Hidung tersumbat.

# Berhingus (hingus meleleh ke belakang tekak, sama ada berwarna hijau, kuning atau mengandungi darah).

# Sakit kepala.

# Sakit muka, terutama di bahagian sinus.

Sinusitis Kronik

Gejala sinusitis kronik pula lebih panjang sehingga melebihi 12 minggu. Ia boleh dikenali dengan gejala:


* Tidak demam.

* Hidung tersumbat.

* Berhingus (hingus meleleh ke belakang tekak).

* Banyak kahak (sama ada putih atau hijau).

* Sakit kepala berterusan.

* Kurang atau hilang keupayaan menghidu (deria bau).

Dr Husni berkata, sinusitis juga boleh berlaku pada kanak-kanak, tetapi biasanya ia jarang dikesan kerana gejalanya menyerupai selesema biasa. Bagaimanapun, kanak-kanak mungkin mengalami sinusitis jika dia menunjukkan beberapa gejala seperti:


* Selesema panjang antara 10 hingga 14 hari.

* Demam atau tidak. Jika demam, tidak terlalu panas.

* Berhingus (meleleh ke belakang tekak) yang menyebabkan sakit tekak, batuk, nafas berbau dan kadangkala muntah.

* Sakit kepala (biasa pada kanak-kanak lebih besar berumur enam tahun ke atas).

* Lesu.

* Keliling mata kelihatan bengkak.

Bila perlu berjumpa doktor?

Jika keradangan sinus tidak mendatangkan masalah, anda tidak perlu mendapatkan rawatan. Ramai orang ada dalam kategori ini. Bagaimanapun, jika sinusitis mula menyebabkan gangguan pada kesihatan seperti demam, sakit kepala dan leher, muka sakit dan bengkak, anda disaran berjumpa doktor.

Rawatan


Menurut Dr Husni, beberapa kaedah rawatan boleh digunakan untuk mengatasi sinusitis, iaitu dengan pengambilan ubat seperti antibiotik. Walaupun sinusitis akut lebih berbahaya, ia mudah diubati berbanding sinusitis kronik. Rawatan sinusitis akut biasanya mengambil masa 10 hingga 14 hari dengan pengambilan antibiotik.

Kira-kira 80 peratus kes sinusitis boleh hilang dengan pengambilan ubat dan hanya 20 peratus tidak menunjukkan respons terhadap ubat.

Bagaimanapun, pesakit perlu memastikan ubat atau antibiotik yang diberi doktor dihabiskan, walaupun gejala sinusitis hilang sepenuhnya.

Ini satu-satunya cara untuk menghapuskan bakteria yang menyebabkan jangkitan untuk masalah sinus. Masalah yang kerap berlaku ialah ramai tidak menghabiskan ubat apabila dirasakan sihat kerana tindakan ini ‘membantu’ membentuk bakteria yang mempunyai daya ketahanan tinggi terhadap antibiotik.

Jika sinusitis disebabkan alahan, doktor mungkin memberi anda ubat kortikosteroid dalam bentuk semburan hidung atau pil. Pengambilan ubat ini seharusnya boleh mengurangkan gejala sinusitis dan sakit kepala.

Jika masalah masih tidak berkurang dengan pengambilan ubat, doktor mungkin mencadangkan anda menjalani pembedahan dipanggil antral-puncture and wash-out. Ia prosedur pendek (10 hingga 15 minit) di bawah bius setempat (dewasa) atau bius umum (seluruh badan) bagi kanak-kanak.

“Untuk kes kronik, biasanya rawatan dimulakan dengan pemberian ubat selama satu hingga tiga bulan. Jika didapati ubat tidak berkesan, doktor akan mencadangkan siasatan lanjutan seperti imbasan CT untuk melihat sama ada pesakit memerlukan pembedahan endoskopi sinus.

“Melalui kaedah ini, pesakit diberi bius umum. Pembedahan dilakukan untuk membuka saluran sinus yang tersumbat bagi meningkatkan pengudaraan. Bahan yang terkumpul dalam sinus akan hilang secara beransur-ansur dan pada masa sama ia boleh mengurangkan kemungkinan serangan berulang,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, kaedah ini tidak sesuai untuk semua orang, khususnya kanak-kanak di bawah umur enam tahun, orang tua, individu yang ada masalah kesihatan, termasuk pesakit jantung dan pesakit kencing manis yang tidak terkawal.

Jika didapati sinusitis anda teruk, usah biarkan ia berlanjutan kerana melengahkan rawatan boleh menyebabkan masalah nada bertambah buruk. Jangkitan bakteria perlu dihapuskan kerana ia boleh memasuki aliran darah dan mengakibatkan keracunan yang menyebabkan seluruh badan terasa sakit.

Bagi kanak-kanak pula, bakteria yang memasuki badan boleh menjangkiti otak dan mata sehingga menyebabkan komplikasi lebih serius. Jika keadaan ini berlaku dan lewat mendapatkan rawatan, ia boleh membawa maut.







Produk ini digunakan untuk mengatasi masalah ‘allergy’ terhadap beberapa jenis makanan. Herba akar Mengkunyit (Coscinumm Blumeanum) yang tumbuh menjalar dan memanjat mengandungi flavanoid bertindak sebagai anti oksidan akan menghilangkan pengeluaran histamin dan alahan serta membantu meningkatkan kadar Vitamin C. Ia juga akan melindungi kerosakan sel akibat radikal bebas serta menguatkan sendi.

Oleh kerana Coscinium Plus termasuk produk panas, pengguna harus menggunakan dos yang rendah pada peringkat awalan. Ia boleh disinergikan dengan Kapsul Roselle,Bedak Jasmin, Tompok Hitam, atau Ficus yang mempunyai kaitan dengan alahan.

Kemungkinan akan berlaku sedikit tanda-tanda yakni pengguna akan menjadi lebih serius pada peringkat awal pengunaannya. Namun teruskan penggunaannya kerana ia bersifat sementara sahaja. Ini yang dikatakan sebagai ‘Direction Of Cure’ (DOC). Pengidap alahan adalah dinasihatkan supaya menghindari kawasan debu, makanan seperti udang, sotong, ketam, ayam, belacan, budu dan cencalok.

Komposisi (75 Kapsul per botol) :

1. Coscinumm Blumeanum 2. Nepenthe Spp 3. Rusiga Spp

Dos :

Umur bawah 8 tahun amalkan 1 kapsul. Boleh dibuka kapsul dan dimasukkan ke dalam air atau susu.

Umur 9 hingga 18 tahun amalkan 2 kapsul malam dan 1 kapsul pagi.

Sinergi terbaik resdung ialah amal bersama Roselle dan minum bersama Teh Herba. Alahan yang kronik boleh diambil bersama Madu Asli.

Untuk buasir diambil bersama Ficus dan sapukan Minyak But-But pada bahagian dubur.

Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 24
Sabah & Sarawak: RM 26

Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM 20
Sabah & Sarawak: RM 22

Nilai Mata (NM): 10


Artikel Berkaitan Coscinium Plus Tulisan Tn Haji Ismail, Pengarah Urusan HPA
Coscinium sebagai antibiotik


Corcinium bluminium adalah nama saintifik kepada pokok mengkunyit dan digunakan sebagai antibiotik terutama untuk masalah resdung/sinusitis. Bagi kes patah tulang herba ini sekali lagi digunakan agar tidak berlaku jangkitan ditempat luka yang boleh menyebabkan nanah.

Satu lagi kegunaan corcinium ialah untuk masalah kudis buta. Ia juga memberikan kesan yang mujarab bagi pengguna . Satu perkara yang perlu diingat sewaktu anda menggunakan coscinium plus untuk perawatan kudis jangan mengambil halia atau lengkuas bersama makanan. InsyaAllah berkesan.

Jika digunakan untuk tujuan penyakit resdung, dicadangkan untuk membuka kapsul dan di campur dengan madu asli bersama segelas air. Sekiranya terasa agak panas dibahagian tekak, kurangi dos yang digunakan kerana herba ini termasuk dalam kumpulan herba panas.

Anda Bertanya ,HPA Menjawab (1)

Anda Bertanya ,HPA Menjawab.

ANDA bertanya: kuku tangan saya macam berlekuk dan tak sekata.Adakah itu normal atau ada masalah

HPA menjawab: kalau ada lekukan menandakan kelemahan di hati. Cepat makan herba yang mengandungi ramuan pokok teja lawang kerana kajian terakhir mendapati minyak dari teja lawang melindungi kerosakan hati. Produk HPA yang ada pokok teja lawang ialah kopi radix, kapsul radix, paramaria plus, kopi diet dan herba tuju angin.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...