HPA Online Produk Halal Tanggungjawap Bersama

Monday, November 7, 2011

SERANGAN RESDUNG





Jangkitan bakteria

MEMANG rimas jika kita sering mengalami gejala selesema seperti hidung tersumbat, sakit pada pipi, sekitar mata dan kepala, terutama pada waktu pagi. Manakala tekak pula terasa bagai dipenuhi kahak. Jika anda mengalami gejala ini hampir setiap hari, ia mungkin menandakan anda mengalami masalah sinusitis.

Sinusitis ialah keradangan pada lapisan membran dalam mana-mana ruang sinus. Sinusitis juga menyebabkan kita menjadi sangat sensitif kepada bahan yang boleh menyebabkan alahan, termasuk perubahan cuaca (sejuk), pencemaran alam sekitar dan jangkitan bakteria.

Pada tulang tengkorak kita ada beberapa lubang berisi udara dan diselaputi mukus serta membuka ke dalam kaviti (ruang) hidung. Ruang ini dipanggil sinus.

Sinusitis adalah masalah yang sangat lazim di seluruh dunia. Jika dibuat imbasan pada 10 orang normal, 80 peratus didapati ada mengalami masalah sinusitis ringan yang tidak perlu apa-apa rawatan.

Di Amerika Syarikat contohnya, dianggarkan 37 juta rakyatnya mengalami masalah sinusitis setiap tahun dan jumlah ini dijangka lebih tinggi kerana gejala sinusitis akibat jangkitan bakteria sering disalah anggap sebagai selesema atau alahan dan ramai tidak berjumpa doktor untuk pemeriksaan.

Sama juga halnya di Malaysia. Dianggarkan 60 hingga 65 peratus rakyat negara ini ada masalah sinusitis. Bagaimanapun, daripada jumlah ini kurang daripada 50 peratus datang mendapatkan rawatan dan ramai memilih kaedah tradisional untuk ‘menghilangkan’ keradangan sinus.

Ruang sinus kita secara semula jadinya diselaputi mukus (lendir) sebagai perlindungan. Mukus yang terkumpul ini dialirkan ke dalam saluran hidung supaya ruang sinus sentiasa bersih. Apabila kita selesema atau mendapat serangan alahan, sinus mengalami keradangan dan tidak dapat mengalirkan mukus. Pengumpulan mukus ini menyebabkan hidung tersumbat dan boleh mengundang jangkitan bakteria.

Menurut Perunding Pembedahan Telinga, Hidung, Tekak — Kepala dan Leher, Pusat Perubatan Gleneagles Intan, Dr Mohd Husni Ahmad, sinusitis boleh dibahagikan kepada dua jenis, iaitu akut (berlaku dalam tempoh pendek) dan kronik. Bagaimanapun, sinusitis kronik adalah lebih lazim dan boleh boleh berlaku kepada sesiapa saja pada semua peringkat umur.

Banyak punca boleh menyebabkan sinusitis, antaranya:

* Jangkitan bakteria — Ini adalah punca sinusitis yang paling kerap. Dianggarkan 85 peratus kes sinusitis berpunca daripada selesema biasa yang tidak dirawat dan berlanjutan lama. Ini bermakna seseorang individu itu mengalami jangkitan bakteria sekunder yang berlaku ketika selesema.
* Perubahan cuaca sejuk.
* Jangkitan fungus.
* Masalah sistem imun seperti dialami penghidap virus HIV dan pesakit kanser yang menjalani rawatan kemoterapi.
* Jangkitan pada gigi (ketika rawatan gigi yang merebak ke ruang sinus).
* Jangkitan yang berlaku ketika berenang atau menyelam dalam air yang tercemar dan masuk ke ruang sinus.
* Pernah mengalami kemalangan yang menyebabkan keretakan tulang muka.

Walaupun sinusitis boleh berlaku kepada sesiapa, risikonya lebih tinggi di kalangan pesakit asma, mengalami ketumbuhan (polip) dalam hidung, alahan (pada habuk dan debunga) dan ada masalah membabitkan aliran mukus (lendir) dalam sistem pernafasan seperti sista fibrosis.

Gejala


Secara umumnya gejala sinusitis bermula sebaik anda bangun tidur pada waktu pagi seperti sakit kepala dan seluruh muka, terutama pada pipi, kening atau dahi. Rasa sakit kepala bertambah apabila anda baring kembali atau menundukkan kepala.

Sinusitis Akut

Gejala sinusitis akut biasanya berlaku berlarutan sehingga empat minggu. Antara ciri-ciri sinusitis akut ialah:

# Demam.

# Hidung tersumbat.

# Berhingus (hingus meleleh ke belakang tekak, sama ada berwarna hijau, kuning atau mengandungi darah).

# Sakit kepala.

# Sakit muka, terutama di bahagian sinus.

Sinusitis Kronik

Gejala sinusitis kronik pula lebih panjang sehingga melebihi 12 minggu. Ia boleh dikenali dengan gejala:


* Tidak demam.

* Hidung tersumbat.

* Berhingus (hingus meleleh ke belakang tekak).

* Banyak kahak (sama ada putih atau hijau).

* Sakit kepala berterusan.

* Kurang atau hilang keupayaan menghidu (deria bau).

Dr Husni berkata, sinusitis juga boleh berlaku pada kanak-kanak, tetapi biasanya ia jarang dikesan kerana gejalanya menyerupai selesema biasa. Bagaimanapun, kanak-kanak mungkin mengalami sinusitis jika dia menunjukkan beberapa gejala seperti:


* Selesema panjang antara 10 hingga 14 hari.

* Demam atau tidak. Jika demam, tidak terlalu panas.

* Berhingus (meleleh ke belakang tekak) yang menyebabkan sakit tekak, batuk, nafas berbau dan kadangkala muntah.

* Sakit kepala (biasa pada kanak-kanak lebih besar berumur enam tahun ke atas).

* Lesu.

* Keliling mata kelihatan bengkak.

Bila perlu berjumpa doktor?

Jika keradangan sinus tidak mendatangkan masalah, anda tidak perlu mendapatkan rawatan. Ramai orang ada dalam kategori ini. Bagaimanapun, jika sinusitis mula menyebabkan gangguan pada kesihatan seperti demam, sakit kepala dan leher, muka sakit dan bengkak, anda disaran berjumpa doktor.

Rawatan


Menurut Dr Husni, beberapa kaedah rawatan boleh digunakan untuk mengatasi sinusitis, iaitu dengan pengambilan ubat seperti antibiotik. Walaupun sinusitis akut lebih berbahaya, ia mudah diubati berbanding sinusitis kronik. Rawatan sinusitis akut biasanya mengambil masa 10 hingga 14 hari dengan pengambilan antibiotik.

Kira-kira 80 peratus kes sinusitis boleh hilang dengan pengambilan ubat dan hanya 20 peratus tidak menunjukkan respons terhadap ubat.

Bagaimanapun, pesakit perlu memastikan ubat atau antibiotik yang diberi doktor dihabiskan, walaupun gejala sinusitis hilang sepenuhnya.

Ini satu-satunya cara untuk menghapuskan bakteria yang menyebabkan jangkitan untuk masalah sinus. Masalah yang kerap berlaku ialah ramai tidak menghabiskan ubat apabila dirasakan sihat kerana tindakan ini ‘membantu’ membentuk bakteria yang mempunyai daya ketahanan tinggi terhadap antibiotik.

Jika sinusitis disebabkan alahan, doktor mungkin memberi anda ubat kortikosteroid dalam bentuk semburan hidung atau pil. Pengambilan ubat ini seharusnya boleh mengurangkan gejala sinusitis dan sakit kepala.

Jika masalah masih tidak berkurang dengan pengambilan ubat, doktor mungkin mencadangkan anda menjalani pembedahan dipanggil antral-puncture and wash-out. Ia prosedur pendek (10 hingga 15 minit) di bawah bius setempat (dewasa) atau bius umum (seluruh badan) bagi kanak-kanak.

“Untuk kes kronik, biasanya rawatan dimulakan dengan pemberian ubat selama satu hingga tiga bulan. Jika didapati ubat tidak berkesan, doktor akan mencadangkan siasatan lanjutan seperti imbasan CT untuk melihat sama ada pesakit memerlukan pembedahan endoskopi sinus.

“Melalui kaedah ini, pesakit diberi bius umum. Pembedahan dilakukan untuk membuka saluran sinus yang tersumbat bagi meningkatkan pengudaraan. Bahan yang terkumpul dalam sinus akan hilang secara beransur-ansur dan pada masa sama ia boleh mengurangkan kemungkinan serangan berulang,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, kaedah ini tidak sesuai untuk semua orang, khususnya kanak-kanak di bawah umur enam tahun, orang tua, individu yang ada masalah kesihatan, termasuk pesakit jantung dan pesakit kencing manis yang tidak terkawal.

Jika didapati sinusitis anda teruk, usah biarkan ia berlanjutan kerana melengahkan rawatan boleh menyebabkan masalah nada bertambah buruk. Jangkitan bakteria perlu dihapuskan kerana ia boleh memasuki aliran darah dan mengakibatkan keracunan yang menyebabkan seluruh badan terasa sakit.

Bagi kanak-kanak pula, bakteria yang memasuki badan boleh menjangkiti otak dan mata sehingga menyebabkan komplikasi lebih serius. Jika keadaan ini berlaku dan lewat mendapatkan rawatan, ia boleh membawa maut.







Produk ini digunakan untuk mengatasi masalah ‘allergy’ terhadap beberapa jenis makanan. Herba akar Mengkunyit (Coscinumm Blumeanum) yang tumbuh menjalar dan memanjat mengandungi flavanoid bertindak sebagai anti oksidan akan menghilangkan pengeluaran histamin dan alahan serta membantu meningkatkan kadar Vitamin C. Ia juga akan melindungi kerosakan sel akibat radikal bebas serta menguatkan sendi.

Oleh kerana Coscinium Plus termasuk produk panas, pengguna harus menggunakan dos yang rendah pada peringkat awalan. Ia boleh disinergikan dengan Kapsul Roselle,Bedak Jasmin, Tompok Hitam, atau Ficus yang mempunyai kaitan dengan alahan.

Kemungkinan akan berlaku sedikit tanda-tanda yakni pengguna akan menjadi lebih serius pada peringkat awal pengunaannya. Namun teruskan penggunaannya kerana ia bersifat sementara sahaja. Ini yang dikatakan sebagai ‘Direction Of Cure’ (DOC). Pengidap alahan adalah dinasihatkan supaya menghindari kawasan debu, makanan seperti udang, sotong, ketam, ayam, belacan, budu dan cencalok.

Komposisi (75 Kapsul per botol) :

1. Coscinumm Blumeanum 2. Nepenthe Spp 3. Rusiga Spp

Dos :

Umur bawah 8 tahun amalkan 1 kapsul. Boleh dibuka kapsul dan dimasukkan ke dalam air atau susu.

Umur 9 hingga 18 tahun amalkan 2 kapsul malam dan 1 kapsul pagi.

Sinergi terbaik resdung ialah amal bersama Roselle dan minum bersama Teh Herba. Alahan yang kronik boleh diambil bersama Madu Asli.

Untuk buasir diambil bersama Ficus dan sapukan Minyak But-But pada bahagian dubur.

Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 24
Sabah & Sarawak: RM 26

Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM 20
Sabah & Sarawak: RM 22

Nilai Mata (NM): 10


Artikel Berkaitan Coscinium Plus Tulisan Tn Haji Ismail, Pengarah Urusan HPA
Coscinium sebagai antibiotik


Corcinium bluminium adalah nama saintifik kepada pokok mengkunyit dan digunakan sebagai antibiotik terutama untuk masalah resdung/sinusitis. Bagi kes patah tulang herba ini sekali lagi digunakan agar tidak berlaku jangkitan ditempat luka yang boleh menyebabkan nanah.

Satu lagi kegunaan corcinium ialah untuk masalah kudis buta. Ia juga memberikan kesan yang mujarab bagi pengguna . Satu perkara yang perlu diingat sewaktu anda menggunakan coscinium plus untuk perawatan kudis jangan mengambil halia atau lengkuas bersama makanan. InsyaAllah berkesan.

Jika digunakan untuk tujuan penyakit resdung, dicadangkan untuk membuka kapsul dan di campur dengan madu asli bersama segelas air. Sekiranya terasa agak panas dibahagian tekak, kurangi dos yang digunakan kerana herba ini termasuk dalam kumpulan herba panas.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...