HPA Online Produk Halal Tanggungjawap Bersama

Saturday, January 21, 2012

5 Kesalahan Dalam Bisnes






1. Bisnes Sebagai Percubaan

Dalam bisnes tidak ada istilah mencuba. Menjadikan bisnes sebagai percubaan bukan sahaja merupakan satu kesilapan tetapi akan membawa padah. Dalam bisnes kita perlu serius dan melakukannya dengan bersungguh-sunguh, apabila GAGAL, kita mencuba semula dengan mengenal pasti segala kelemahan dan kekurangan yg ada. Setiap peniaga harus mempunyai target yg akan dicapai apabila melangkah ke alam bisnes.

2. Kerap Tukar Bisnes
Kesalahan yg selalu dilakukan oleh peniaga ialah mereka suka bertukar-tukar bisnes. Seorang peniaga sepatutnya menumpukan perhatian kepada satu-satu perniagaan dahulu sebelum beralih kepada perniagaan yg lain. Menukar-nukar bisnes hanya kan membawa kepada kerugian yg lebih besar.

3. Sekejap Ada Sekejap Tiada
Golongan ini menjalankan bisnes dengan sesuka hati tanpa ada disiplin dan peraturan. Bisnes ala sekejap ada sekejap tiada, seharusnya tidak dijadikan amalan kerana ia akan menjauhkan pelanggan sekali gus memberikan imej yg buruk kepada peniaga berkenaan. Peniaga begini, tidak sahaja mempunyai reputasi yg buruk tetapi akan menghilangkan keyakinan pelanggan kepadanya.

4. Bodoh Sombong
Dalam bidang perniagaan, peniaga tidak boleh mempunyai sikap bodoh sombong. Mereka perlu belajar daripada pengalaman dan rang lain. Setiap komen yg diterimanya daripada pelanggan harus dijadikan sebagai bahan pembelajaran yg berguna. Ini akan membuatkan peniaga menjadi bertambah matang dan cerdik. Semakin lama berniaga semakin bertambah ilmunya. Peniaga yg bodoh sombong tidak akan dapat bertahan lama dalam bisnes. Mereka akhirnya akan berundur atau diundurkan daripada bisnes tersebut.

5. Jalan Singkat
Tiada jalan singkat dalam perniagaan, untuk berjaya dan menjadi kaya. Kejayaan dan keberhasilan hanya akan dapat dicapai melalui kerja kuat dan usaha yg tidak mengenal penat lelah serta putus asa. Menggunakan jalan singkat seperti melabur dalam mata wang asing,
sebenarnya lebih sukar dan berbahaya berbanding dengan jalan jauh yakni usaha tanpa putus asa yg sebenarnya lebih selamat.

Sumber: Majalah Anis; bil 171
Oleh: Ann Wan Seng; penulis buku; Rahsia Bisnes Orang Cina

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...